Di sini ada REMPEYEK, makanan sejuk beku yang pelbagai dan sebagainya!!
Datang jenguk selalu untuk tempahan dan maklumat lanjut !! :)
Mari, Mari kita mengintip produk-produk menyelerakan dari perusahaan keluarga SRS Food ^_^

Tuesday, October 28, 2014

Popia Keladi

Assalamualaikum

Pujangga dah selalu story pasal popia sate kan?
Hari ni Pujangga nak story pasal popia keladi pulak.
Popia keladi ni still bentuk tiga segi macam popia sate.
Satu pek ada 16 keping.
Harga yang sama dengan popia sate iaitu ......... (untuk maklumat harga boleh hubungi Puan Rosmah 0177033829 atau whatsapp ke nombor 0177883585)
Popia keladi ni kami buat dengan rasa manis bukannya masin.


popia keladi ni salah satu fav Pujangga sebab inti popia ni kalau makan panas2 nikmat sangat2.
 Tak tipu.  
 Jom, try~~


Pembaharuan Untuk Makanan Sejuk Beku

Assalamualaikum !!

Hey korang korang korang !! Sepertimana yang pernah Pujangga maklumkan sebelum ni, makanan sejukbeku kami (popia sate) satu pek berisi 10 keping produk kan?? Tapi sekarang kami dah perbaharui !! 

Sebenarnya Pujangga dengan mak pening kepala sebab dapat komen dari pelanggan tentang popia sate kami. So, bincang punye bincang, borak punye borak, kami decide nak perbaiki lagi kualiti popia sate kami dengan cara mengubah teknik pembungkusan dan juga packaging. 

Apa yang kami ubah? Salah satu komen pelanggan ialah popia sate kami apabila dibiarkan sejuk setelah digoreng akan menjadi liat dan kurang enak. Kami dah pun menggantikan kulit popia dengan kulit baru yang berkualiti dan mengubah sedikit cara pembungkusan. Hasilnya popia akan kekal rangup dan tidak liat walaupun sudah sejuk. Serius !! Tak tipu !!

Yang keduanya, pelanggan kata tak puas makan popia sate kami sebab sikit sangat. So, kami tambah jumlah popia sate dalam satu pek iaitu sebanyak 16 keping. Serius !!! Tak tipu~~ :)

haa ni lah wajah baru popia sate kami ~~ 


Produk Baru Berkonsepkan Inti Sate

Assalamualaikum !!

Produk baru SRS Food ::
1. Karipap Sate
2. Pau Kukus Sate
3. Pau Goreng Sate
 Ni je yang Pujangga mampu pos buat masa ni. In shaa Allah ade masa nanti Pujangga akan pos gambar produk, harga dan kuantiti produk.
Sebarang pertanyaan boleh telefon terus Puan Rosmah di 0177033829. 
:)

Wednesday, May 8, 2013

Rempeyek Rangup SPECIAL !!

Assalamualaikum !!
Kali ni saya nak cerita pasal rempeyek pulak. Rempeyek ni merupakan produk utama kami.
Kenapa rempeyek kami special??
1. Rangup
2. Tidak lemau @ liat
3. Banyak perisa
4. Tak mudah tengik
Kenapa rangup, tidak lemau, dan tak mudah tengik? Sebab resepi kami adalah resepi yang dicipta sendiri oleh Puan Siti Rosmah sendiri.
Banyak perisa?? 
Antara perisa yang kami sediakan ialah:

1. Rempeyek kacang tanah (RM 15 setengah kg)

2. Rempeyek kacang tanah + bilis (RM 16 setengah kg)

3. Rempeyek Kacang Dhal (RM 15 setengah kg)

4. Rempeyek Kacang Hijau (RM 15 setengah kg)

5. Rempeyek Daun Limau purut + Bilis (RM 16 setengah kg)

6. Rempeyek Daun Kuniyt + bilis (RM 16 setengah kg)

7. Mini Rempeyek (RM 18 setengah kg)


Mini Rempeyek

Cepat -cepat !! 
Sekali rasa pasti nak lagi
Makanan segera yang menstimulasikan deria rasa anda!!
hubungi Puan Siti Rosmah (017-7033829)
# 50 TEMPAHAN TERAWAL TIDAK AKAN DIKENAKAN CAS PENGHANTARAN !! :)

Wednesday, May 1, 2013

Makanan Sejuk Beku~~

Ni antara produk sejuk beku atau frozen yang kami keluarkan..

Yang berbentuk segitiga macam samosa ni ialah popia sate. Inti di dalamnya adalah seratus peratus sate, BUKAN KENTANG. Dua jenis inti yang kami ada ialah daging dan ayam sate.
(Harga : RM 4.50 sebungkus = 10 keping.)

Ni pula Aiskrim goreng.. macam-macam perisa dan seratus peratus buatan sendiri. Digoreng selama beberapa saat dan kemudian boleh dinikmati bersama keluarga.
(Harga : RM 5.00 sebungkus = 5 keping)


Popia goreng yang ni intinya sama dengan yang atas tadi. Cuma bentuk je lain... SEDAAAAAAP !!!




#  kami menyediakan penghantaran sama ada melalui pos atau penghantaran secara terus ke rumah.
Untuk makanan sejuk beku, hanya terhad kepada mereka yang berada di sekitar negeri Johor sahaja. :)
50 pengorder terawal tidak di cas sebarang bayaran untuk pos~~
sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis :)

Maklumat lanjut boleh menghubungi:
017 7033829 (Rosmah)

Friday, April 26, 2013

Tentang Kami~~

Assalamualaikum!!

Alhamdulillah, akhirnya tercipta blog ni yang diwujudkan khas untuk memperkenalkan produk-produk yang dikeluarkan oleh SRS Food. Perniagaan makanan kami berasaskan makanan segera tetapi sihat dimakan dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Selain itu, blog ini juga diwujudkan untuk berkongsi tentang info-info kesihatan berkaitan makanan yang kami keluarkan.
Antara produk yang kami hasilkan ialah Rempeyek rangup pelbagai jenis, popia sate ayam dan daging, karipap, kuih kasturi, pau dan sebagainya.
Sampai sini saja dulu.. Untuk gambar-gambar produk dan maklumat lanjut akan saya hadirkan bersama post seterusnya~~ tq




Sang Pujangga Perosak Jiwa